Wednesday, 27 June 2012

Talam Muka Dua

Salam and Hi to pembaca blog sekalian.
Korang pernah rasa tak situasi dimana korang buat silap? of koz lah pernah kan
sebab kita nama pun manusia, bukan robot atau malaikat kan..
Robot tu pun pandai buat silap kalau orang salah coding beliau..kan..
Salah or silap tu tak jadi masalah, yang jadi masalah tu adelah bile kita
buat silap dalam 1 organisasi kecik je pun..tak terkenal pun kat mata dunia ni.
Yang hanya terkenal dalam dunia suatu kelompok sahaja.
Dah la kecik, and then kalau sorang buat silap, salah orang tu dicanang kemain lagi.
tak faham betul, ape yang mentadbir tu golongan2 malaikat and manusia2 sempurna ke?
Tak cukup dengan tu, si pelaku silap dah pun mengaku salah, nthen dah pun tampil utk mintak maaf, salah tu dilakukan pada 2 tahun lepas, tapi still 1 masyarakat ni tak boleh nak maafkan beliau
kononnye salah beliau tu melampau dan teruk sangat, sampai tak boleh 
dimaafkan atas dunia, apa, kau keje tu sempurna sangat ke? kau 
tak tahu yang selama kau kerja ni orang duk perati keje kau yg
tunggang langgang tu kau tahu dan ****M tu...
Ini bukan kes aku nak ngadu or sedih2 leleh air mata, tapi aku cukup geram dengan sikap orang 
yang pandai nak manipulasi duit orang atau orang bawahan sebab nak jaga harta dan 
periuk nasi sendiri. Then bile kene keluar duit kocek sendiri, die punye melenting kemain, mcm lah die
tu miskin sampai makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Duit tu khas utk perbelanjaan barang2 dapur je, tak boleh gune utk hal2 lain.
Come-on lah, kita hidup dalam masyarakat intelektual, kalau tahu diri tu tak sempurna, 
kalau tahu diri tu tak seberapa dalam bekerja, dan kalau tahu diri tu ada buat 
silap kadang dlam sedar atau tak, so jangan lah nak dok sibuk tayang konon diri 
tu perfect dalam segala hal, jangan lah nak dok sibuk jadi kucing yang selalu geselkan badan
pada kaki tuannya.. motifnye apa?korang nilai sendiri.

Jadilah manusia dalam setiap masa, bukan separuh manusia separuh binatang.
Kisah talam muka dua ni sebenarnya memang byak berlaku dkt sekeliling..
cume perasan atau tak je. kalau perasan tu, perasan lah, kalau yg tak tu, nak buat macam mana kan?
Tidak semestinya seseorang yang punyai pangkat yang tinggi dalam kerja bermaksud
die sempurna dari segala aspek, contoh la ya, seorang guru disiplin, tak semestinya pakar dalam bidang kedoktoran ..haa contoh mudahkan(takde kene mengene dengan talam)?so boleh fikir dengan logik sendiri. 

Ini adalah kueh talam yang ada dua muka, SEDAP!!!
Yes die punyai gelaran nama yang panjang sampaikan dalam salutasi pun, kadang2 sampai 18 kali edit! baru nak betul nama dan gelaran beliau tuh, tapi tak semua yang keluar daripada mulut die tu adalah wahyu! tak semua yang keluar daripada hati beliau tu maksum!! faham tak, so orang yang berada di samping die ni lah yang sepatutnya faham dan tahu bagaimana cara untuk betulkan beliau, bukan duduk angguk macam ayam patuk tanah cari makan. Mengiyekan sahaja apa yang keluar. awak tu belajar dalam majoring awak sendiri tentang hukum hakam dalam Islam, takkan kot bila isu tudung yang mdah tu, silap tersebut tak boleh nak diperbetulkan? apa manusia ni dah takde syahwat sangat ke sampai tengok nenek tua pun tak bernafsu? sedarlah sikit, nafsu tu mengalir dalam setiap salur darah manusia, so jangan pandai2 nak keluar hukum yg mengatakan takpe kalau tak pakai tudung sebab die dah tua.
~CUT!!!!!~

Even beliau belum jadi nenek lagi, wajib kalau die nenek untuk tutup aurat bertudung.

Saturday, 23 June 2012

Aunty MANSUH vs. Datin PINDAH

OK..sekarang baru nak mula update blog sebab rase dah takde keje sangat.
*Buang sawang, tiup habuk, sambil hacuuum hacuuuum (bersin ok)
Aku nak tanye kepada pembaca blog..
korang boleh beza kan tak apa itu mansuh dan pindah?
takyah rujuk kamus dewan bahasa mana2 pon rase2 kalau ikut logik pon boleh pikir kan?
nak bagi contoh? lets main buat2 ayat.
Mansuh : Oleh kerana organisasi ini tidak berfungsi lagi maka organisasi ini diMANSUHkan.
Pindah : Jabatan Alam sekitar telah diPINDAHkan dibawah Jabatan Perhutanan bagi proses pemuliharaan.
Korang nampak tak bezanya?
kalau tak nampak g masuk hutan, dok menetap sebulan dua dalam tu, berguru dengan monyet.

Harap2 tak de yang lurus bendul g ikut berguru dalam hutan sebulan  dua..

Bende simple cik abg kakak sekalian, takkan tak boleh nak faham.
kalau budak darjah 1 or tingkatan 1 yg masuk kelas pemulihan ye lah kot susah nak faham..
Aku memandang pada suasana persekitaran yg aku alami, mungkin blog ni tak PRIVATE sangat
and public boleh baca dengan suka hati...ADA AKU KESAH?
Lets start...Pihak pentadbiran mungkin ada sebab tertentu yg mungkin munasabah kenapa 
perkara tersebut dimansuhkan atau dipindahkan..
mungkinn.....
tak berjalan oleh sebab pemerintahan yang sedia ada, itu sebab di pindahkan...
atau....
fungsi perkara tersebut dah diambil alih oleh perkara lain yang mmpu membawa kepada kebaikan..
so, bile suatu perkara dah tak ada fungsi, buat apa diwujudkan lagi..
buat semak dunia nak fikir masalah picisan mcm tuh..DUH!!!!
sebab tu ianya dimansuhkan.
Kita sekarang bermain dengan 2 perkataan ye cik puan...MANSUH dan PINDAH..harap
maksu kepada kalian2..
Dalam sebuah organisasi, tak payah amek yg komplikated sangat, family je dah memadai..
kalau ayah bekerja, mak pun bekerja, masalah dalam kerja sebab kene marah dengan 
boss, takkan mak and ayah sibuk nak bercerita PUNG PANG PUNG PANG! kat rumah
sampai anak terkebil2 pandang, sambil korek idong tanda blurr tak faham kenapa mereka pulak yang kene marah kan..

Apesal Mama ngan Papa nie? Nak anak kau buat ginnie!?

*okey merapu...Now back to the point..
Ada certain perkara yang orang atasan tak perlu beritahu orang bawahan  kerana dah ambil kira nasihat daripada beberapa pihak mengapa perkara tu tak perlu diberitahu..
MAKA..
takyah nak sibuk2 duk korek pasai pa mende alah tu jadi TOP SECRET...
yang jadi masalahnya adelah bile mende tu elok dah bergerak lancar..
tibe2 tuptup..pihak atasan bubar atas sebab tak serasi dengan cara diorang.. itu DIKTATOR namanya.
Encik dan Puan, kalau rase tak mampu nak keje dengan pelbagai manusia, letak le jawatan.
cari dunia lain, jangan susah dan naikkan marah orang sebab orang lain pun ada hati dan perasaan.OK?
Yang tukang nasihat tu pulak, cuba bagi padangan atau nasihat yang ambil kira 2 pihak, atasan dan bawahan, supaya yang atasan tak kene kutuk, dan bawahan faham kenapa perkara tu dilakukan. Ye. 
~CUT!!!!!!~